Seorang penduduk memprotes dan menegaskan bahawa bekalan air di Simunjan sering terjejas sehingga menimbulkan rasa tidak senang khalayak ketika Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berucap merasmikan Esplanade Simunjan pada Sabtu.
Bagaimanapun ADUN Gedong itu dilihat tenang dan terus menjelaskan projek bekalan air yang sedang dibangunkan secara berperingkat di semua kawasan di Samarahan termasuk Simunjan.